Pada 22 August 2009, semua umat Islam telah mula menunaikan ibadah puasa kerana telah tiba bulan Ramadhan, bulan yang amat mulia.
Tidak terkecuali juga bagi keluarga aku yang sekarang nih tengah menyediakan juadah berbuka puasa sekejap lagi. tengah tunggu azan maghrib je nih. Setakat nih aku tidak ada masalah untuk berpuasa, cuma adik aku yang kecik tu payah sikit. Tidak habis habis dia tanya "kenapa kena puasa?" "oh, puasa tidak boleh makan eh?" "kak, dah lapar nih!" dan macam - macam lagi. Ye lah, lima tahun, memang banyak lah tanya. Tapi yang aku tak tahan tuh die makan depan aku, ais krim pulak tuh. Sabar je lah.


